Ahad, 31 Januari 2016

Pada 21 Januari 2016, pihak sekolah telah mengadakan Hari Penetapan Target dan Aku Janji SPM 2016 di Pusat Sumber SMPKV indahpura. Seramai 17 orang calon SPM bersama guru-guru ditambah lagi dengan kehadiran 10 orang ibubapa memeriahkan lagi program ini. Program dimulakan pada jam 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Tn Hj Md Rodzi b Che Me selaku Yang Dipertua PIBG. Antara intipati ucapan YDP ialah menyeru semua ibu bapa murid-murid yang bersekolah di SMPK Vokasional Indahpura agar dapat menyumbangkan bantuan tidak kira secara fizikal mahupun spiritual kepada pihak sekolah, demi kecemerlangan anak-anak. Beliau juga mengucapkan tahnaih atas kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan ko kurikulum dan menyatakan sokongan ke atas program sekolah. Program diteruskan lagi dengan ucapan Pn Hjh Mariani Bt Md Saad sebgai Pengetua. Di dalam ucapannya, beliau memaklumkan anĂ¡lisis pencapaian murid dalam SPM tahun-tahun terdahulu. Beliau juga membentangkan program-program yang akan diadakan yang melibatkan ibu bapa, program-program peningkatan akademik yang telah dan akan dijalankan serta pelaksanaan program headcount di sekolah ini. Beliau menyatakan harapan guru-guru agar semua ibu bapa dapat membantu anak-anak untuk mencapai kejayaan dalam SPM. Beliau juga memuji ibu bapa pada tahun ini kerana kehadiran yang memberangsangkan adalah kehadiran ibu bapa pada tahun ini yang mencapai KPI penglibatan ibu bapa sebanyak 50%.
Program diteruskan dengan bacaan ikrar aku janji oleh murid yang diketuai oleh Arif Amirul dan Muhammad Najwan. Kemudian, ibu bapa juga membaca ikrar untuk menyokong segala program sekolah dengan diketuai oleh Yang Dipertua PIBG. Seterusnya bacaan ikrar oleh  guru-guru yang diketuai oleh En Mohd Norazam. Program diakhiri dengan sesi perbincangan guru-guru bersama ibu bapa dan penetapan taeget murid untuk SPM 2016. Sebagai tanda bersurai, semua ibu bapa menikmati jamuan makan di kantin sekolah.